Wednesday, December 17, 2014

KOTAK OREN

Aku pencinta kucing. Aku geram dengan kecomelan keletah mereka. Aku geram dengan gebunya bulu mereka. Aku gerammm....  



Kegeraman aku ini di hidu oleh teman sekerjaku. Oleh itu temanku ini ku panggil Nana berbesar hati memberiku 5 ekor anak kucing yang ditinggalkan di hadapan klinik veterinar tempat kerjanya. 2 ekornya telah pergi sebelum aku sempat mengambilnya. Adikku Ina menemaniku mengambil kucing-kucing itu di rumah Nana di Ipoh. Akhirnya 3 ekor anak kucing ini berada di genggamanku. Hasil ajaran Nana, membela anak kucing yang masih kecil sepertinya menjaga bayi.. Perlu disusukan setiap 3 jam , perlu di  buangkan air besarnya , perlu di perhatikan setiap perubahan badannya. 


Anak-anak kucing ini di besarkan tanpa susu ibunya, sedari lahir minum susu tin. Badan mereka tumbesarannya seakan tidak normal. Segala-galanya kecil walaupun umur mereka sudah hampir sebulan. 
Seminggu aku menjaga bagai menatang minyak yang penuh. Setiap 3 jam kucing ini akan mengiau ingin disusukan . Aku kagum sememangnya tepat 3 jam mereka mula lapar. Hari Khamisnya aku perlu bergerak ke Taiping kerana ada program di Sekolah menengahku dan keputusanku sememangnya ingin membawa ketiga-tiga kucing ini bersamaku memandangkan penjagaan yang rapi amat perlu untuk kucing-kucing istimewa ini. Tengah hari itu aku keluar menemani kakak iparku ke pekan, kucingku kubiarkan di rumah abangku di Kajang. 

Pulang sahaja dari pekan, dari jauh ku dengar  kucingku sudah mengiau. Tetapi kedengaran satu suara sahaja. Aku lantas bergegas membuat susu dan memberi mereka minum. 2 ekor kucing yang berwarna oren dan hitam belang sepertinya tidak bermaya sewaktu aku mengangkatnya. Aku mengangkat kesemuanya dan memasukkan ke dalam kotak. Kucing oren itu sepertinya tidak bernyawa lagi dan aku terus meletakkan di atas kandang dan memesan kakak iparku untuk tolong tanamkannya. Aku kaget.Tanpa membuang masa aku bergegas menekan enjin kereta myviku menuju ke klinik veterinar di UPM. Setibanya di parking aku lihat jam menunjukkan pukul 5.05 petang dan perkhidmatannya hanya sehingga pukul 5 petang.Aku menatap kucing hitam belangku yang sepertinya sudah menghembuskan nafas yang terakhir. Nafas itu kedengaran panjang dan sayu. Mataku berkaca. Seekor sahaja yang masih bernyawa di dalam kotak itu mencium adiknya yang sudah tidak bernafas itu.

Aku terus pulang ke rumah kakakku di Puchong. Menyiapkan pakaian dan barang-barang  seterusnya bergerak ke Kepong untuk bermalam di rumah rakanku Uena. Kemudian keesokan paginya kami teruskan perjalanan ke Taiping bersama KOTAK OREN . Hanya seekor sahaja yang berada dalam kotak oren itu. Pasti janggal dengan ketiadaan yang lainnya. Sambil menyaksikan perlawanan bola keranjang kotak oren ini setia di sisi. Pekikan dan riuhan suasana langsung tidak mengganggu lenanya si comel. Yang pasti setiap 3 jam perlu menyusukannya. 



Memandangkan KOTAK OREN itu merupakan kotak kasut asadi. Keberadaan kucing comel ini tidak di ketahui ramai orang di sana. Pasukan bola keranjang sekolah yang mengetahuinya menamakannya 'Joyah '. Joyah kelihatan sihat dan selera minum susu.


Setelah beberapa hari di Taiping. Kami berputus untuk pulang pada hari Ahadnya. Jam 11 pagi kami bertolak bersama Mira yang datang lewat sehari dari kami. Menurut perancangan awal kami sememangnya akan singgah di kampung Uena di Kuala Kangsar untuk menghantar baju. 

Pagi Ahad itu, Joyah tak minum banyak. Tak seperti selalu. Dan baru ku sedar ada kembung di badannya dan bila di tegur Uena bulu di bahagian tangannya seperti kekuningan dan berwarna kusam dan ada kesan seperti lebam. Tengah hari itu, sewaktu di kampung Uena, Joyah kencing dengan banyaknya dan kembung di perutnya hilang. Joyah kelihatan sangat kurus dan tidak bermaya. Sepertinya keadaan Joyah sama seperti adik-beradiknya yang lain sewaktu nafas terakhir mereka. Empangan mataku hampir pecah. Memandangkan berada di rumah orang, aku bergegas keluar duduk di kereta dan menangis sepuasnya kerana tidak mahu disoal yang lain. 

Uena sepertinya membaca fikiranku yang sebenarnya menunggu sahaja dengan redha. Dia terus berkeputusan untuk memberitahu pak cik dan makciknya untuk bergerak dahulu walaupun perbincangan bersama keluarganya belum berakhir. Kami bergegas pulang menuju ke selatan di pandu oleh Uena. Joyah masih bernafas aku memegang Joyah dan meletakkannya di pangkuan ku. Degupan jantungnya jelas melalui deria rasa tanganku.  

Degupannya perlahan dan kuat seakan 3 saat untuk satu degupan. Sepertinya dia bertarung untuk bernafas dan terus hidup. Kuat sungguh kucing comel ini. Dari pukul 7 petang sehingga pukul 9 malam kami berlegar di bandar Ipoh mencari kedai veterinar yang buka di hari Ahad. Sememangnya sukar sehinggakan aku bersuara dalam kesuraman itu 'Uena jom gerak ke KL'.  Nafas kucing digenggamanku ini masih kedengaran.. nafasnya semakin kuat.. Tepat jam 9.23 malam terpapar di keretaku...Aku merasakan nafas terakhir itu ... yang panjang.. dan yang kuat... Aku memberi isyarat pada Uena pemergian Joyah. Mira turut terdiam melihat drama itu. Dalam kegelapan malam dengan pantulan cahaya lampu kereta di jalanan aku melihat titisan air mata itu. Menitis laju membasahi tudung labuhnya. Aku meletakkan Joyah di dalam KOTAK OREN itu semula. 


Seharian selepas itu  aku rasa kekurangan. Rasa kekosongan kerana sudah biasa dengan suara ngiauan anak-anak kucing istimewa ini. Mereka sememangnya seperti mempunyai penyakit virus yang tidak dapat di kenalpasti kerana ketiadaan ibu mereka. 

Kucing-kucing ini sememangnya memberi warna dalam hidupku. Pengalaman bersama mereka memberi banyak iktibar yang tak dapat di ungkapkan dengan kata-kata. Hey kucing-kucing comel damailah dikau di sana. Akan terpahat sentiasa memori bersamamu. KOTAK OREN.


Thursday, November 27, 2014

...CUITAN KASIH SAYANG...



*************************

Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Awan kelabu menutupi segenap ruang angkasa. Mega mendung itu seakan selagu mendung hatiku. Selera makanku sudah hilang seminggu lalu. Roti yang ku telan pagi tadi meronta-ronta mahu di keluarkan. Badanku terasa lemah ,kepalaku memberat mahu bersandar. Tiada daya untuk melakukan apa-apa melainkan meletakkan kepala di atas meja kerjaku. Badanku lenguh di sana-sini terutama di bahagian tulang belakangku. 

Aku terus mencapai telefon bimbit. Aku mendail nombor kakakku. Tak sanggup rasanya berulang ke tandas memuntahkan segala isi badanku sehingga tiada apa yang mahu keluar. Dayaku sudah habis .Aku membeli air tin Revive di mesin air berdekatan, berusaha untuk mendapatkan sedikit tenaga . Pukul 4.15 petang kakakku tiba dan membawaku berjumpa doktor. Suhu badanku membahang 39.3 oC. Seperti biasa, aku akan melaporkan sejujurnya segala perubahan pada tubuhku pada doktor. Sakit belakang, tiada sakit sendi, tiada sakit perut melampau, muntah dan sepertinya menjadi lebih baik selepas meminum setin Revive. Doktor memberiku sehari M.C. Tidurku tidak lena kerana ketidakselesaan pada badanku. Aku mengambil tuala kecil dan menuam kepalaku. Bakso yang ku beli sejurus pulang dari klinik terbiar di atas meja sehingga pagi. 

Keesokan harinya ... berlalu dengan hampir sepenuh masa ku di atas katil. Tiada daya berjalan dan solatku separuhnya terpaksa ku duduk. Selera makanku masih tertahan. Tiga suap sahaja yang mampu ku telan dari sebungkus nasi berkuah sup dan telur dadar yang dibeli temanku. Malam seterusnya, tidurku lebih sempurna dengan memakai 'cool fever' yang dibeli temanku Farah. 

Kebiasaannya jika aku sakit muntah-muntah disebabkan tersalah makan. Badanku akan pulih selepas sehari. Oleh sebab itu, aku terima pelawaan Wawa untuk ke klinik bagi menemaninya membuat rawatan gigi dan dalam masa yang sama, aku juga mahu mencabut benang di gusi yang di sebabkan  'minor surgery' mencabut gigi bongsuku dua minggu lalu. Memandangkan doktor gigi yang menguruskan rawatan kami pergi kursus, kami terpaksa datang semula Isnin hadapannya. Kedatangan kami seakan sia-sia dan aku berputus untuk berjumpa semula doktor yang merawatku Isnin lalu bagi mengesahkan sakit di tubuhku yang mengganggu tidurku . Hasil semakan doktor, suhu badanku meningkat ke 39.6 oC. Aku memberi tahu doktor, sendi seluruh badanku seperti kejang dan menjadi punca aku tidak mampu berdiri lama. Menurut doktor urat yang tegang boleh jadi disebabkan demam panas yang melampau. Doktor sarankanku membuat 'urine test' , blood test dan masuk air. Hampir sejam memasukkan air ke dalam badan, Cik Wawa terpaksa menemani ku sehingga terpaksa ponteng kelas. Doktor datang ke katilku sambil membawa hasil 'blood test' dan 'urine test'. Doktor menerangkan sel darah merahku normal bacaannya (199) jadi di sebabkan itu kebarangkalian denggi itu tidak tinggi tetapi doktor menyuruhku datang semula hari Jumaatnya untuk 'follow up' disebabkan bacaan W.B.C (3.09) yang rendah dan tidak normal. Aku mendapat 2 hari lagi M.C.Atas nasihat doktor aku memaksa diri untuk makan dan minum tiga botol air mineral sehari  bagi melawan sakitku. Aku bersyukur mendapat teman-teman yang menjaga soal makanku sepanjang kurang upayaku. Jika tidak, pasti sakit ku tidak kebah "Wallahualam".


*********************************

Seperti di janji , aku tiba awal pagi Jumaat untuk membuat 'follow up' dengan doktor. Malangnya doktor tersebut tidak masuk mungkin disebabkan 'urgent case' dan aku berputus untuk tidak bertemu doktor lain kerana berfikir letih untuk menerangkan dari mula rentetan kesakitan tubuhku. Jadinya.. hujung mingguku , aku berehat sepuasku dan membatalkan segala agenda. Sebelah malam Sabtu itu, aku seakan sukar bernafas sewaktu tidur dan tapak kakiku terasa gatal .Tanpa mencurigai apa-apa dan berfikir mungkin ia disebabkan sejuk yang melampau aku biarkan sakit tersebut singgah dan berlalu pergi dengan sendirinya. Badanku terasa seperti cepat menyejat air. Lidah cepat kering walaupun sudah berbotol-botol air mineral ku telan. Hari Ahad nya aku gagahkan juga diri pergi ke kelas tuisyen , kelas terakhir sebelum pelajarku bercuti sekolah. Badanku masih lenguh dan sengal di sana-sini. Selera makanku beransur pulih. 

Isninnya, aku dan Wawa ke klinik semula bagi mendapatkan rawatan gigi. Rawatanku tamat awal dari Wawa dan aku teragak-agak untuk bertemu semula doktor memandangkan tubuhku sudah beransur pulih, cuma sengal badan dan 'migrain' yang kadang-kadang muncul.  Atas nasihat Wawa,  dan untuk pengesahan terakhir aku mengambil nombor untuk berjumpa doktor. Tanpa perlu menunggu lama, nomborku sudah terpanggil. Suhu badanku rupa-rupanya masih belum normal 37.4 oC. Doktor seakan dapat membaca fikiranku yang ingin membuat ujian 'urine test' dan 'blood test' memandangkan bacaan hasil ujian sebelum ini tidak normal bagi orang normal.. (><,).. 

30 minit kemudian hasil ujianku keluar dan nomborku dipanggil bertemu doktor. Muka doktor tampak gelisah dan aku duduk di sisi bersedia mendengar dengan redha. Bacaan sel darah merahku menurun (129) segalanya yang aku anggap pulih sebenarnya dalam diam makan dalam. Doktor menyuruhku datang semula esok untuk ujian serologi pengesahan  'denggi' . Tindak balas badanku sepertinya tidak normal. Fikiranku melayang  membayang untuk sampai ke bilik cepat dan berehat sepuas-puasnya. Penat yang tak berkesudahan. Tanpa risau pun jawapan 'blood test' keesokan harinya.Aku  menelan 3 botol air mineral lagi sampai termuntah-muntah dan Minum 100 plus juga.  Saranan doktor untuk menaikkan semula sel darah merahku berjaya mempengaruhi otakku. Malamku lena tanpa risau. 

**************************************

Seminggu hidupku bergelumang bau ubat-ubatan , berjumpa nurse dan doktor yang sama.Wawa sabar menemani. (><,) .. Keesokan harinya, bacaan degupan jantungku dan tekanan darahku cukup untuk membuat doktor tersenyum lega.  Aku ke kaunter 38 untuk  di ambil darah. Kemudian namaku di panggil masuk ke dalam makmal untuk membuat ujian serologi bagi semakan tempoh pembekuan darah tubuhku. Sekiranya jumlah sel darah merah kurang, tempoh pembekuan darah mengambil masa yang lama dan ini akan menjadi penyebab pendarahan yang berterusan. 45 minit kemudian nomborku di panggil . Doktor mencetak hasil ujian tadi dan menunjukkan padaku . Bacaan Sel darah merah (170) dan W.B.C (4.57) semuanya normal walaupun hasil ujian itu positive denggi. Sepertinya berita buruk itu didatangkan sekali dengan berita baiknya. Aku bersyukur kerana tidak perlu di masukkan ke dalam wad kerana hasil ujian darah yang baik itu.  Sesungguhnya Allah tidak membebankan hambanya diluar kemampuan hambanya.(TT.)  Doktor beritahu fasa demam denggiku kini di fasa pemulihan dan berkemungkinan kemuncaknya pada hari Jumaat lalu. Kekuatan badan yang menentukan tempoh 'recovery' dan untuk itu aku harus menjaga makan minumku bagi menghapuskan keseluruhan virus itu. Aku membayang sesak nafasku, menggigil di tengah malamku dan gatal di tapak kakiku yang ku abaikan. Sepertinya sakit yang sebentar itu
  cuitan kasih sayang Allah s.w.t .


 Cuitan peringatan atas kelekaanku di atas muka bumi. Cuitan yang  membuat ku terfikir Allah masih sayangkan hamba pendosa ini untuk terus hidup memperbaiki diri. Hanya mengingati tuhan di saat sakitnya .. Astaghfirullah al adzim. 

*************************************************