Dear Bloggers,
Pada tanggal 31 Ogos 2016, Sempana Hari Kemerdekaan yang ke-59 kali ini.. Hasrat di hati nak laungkan merdeka di puncak Bukit Gasing. Setelah beberapa entri blog berkenaan pendakian ke Bukit Gasing di baca, kebanyakannya menyatakan laluan treknya yang banyak dan agak mengelirukan kerana tidak mempunyai tanda arah. Jadi kami bertawakal dalam hati dan ingin ikut sahaja jejak orang di sana nanti walaupun dah simpan route map sekiranya sesat nanti. Seramai 7 orang yang ikut setelah di riki-riki kawan kepada kawan dan free time hari yang dirancang.
Setelah semua berkumpul, pada jam 7.30 pagi kami bergerak dari UPM dengan 2 kenderaan. Tiba di sana setelah 20-30 minit perjalanan. Ada tiga starting point untuk mendaki Bukit Gasing ini iaitu di Jalan Gasing, Kampung Pasir dan Pantai Dalam. Jadi kami memilih Jalan Gasing. Agak sukar mencari parking kerana kedudukannya di kawasan perumahan dan waktu itu sudah ramai yang tiba. Kami meletakkan kereta berdekatan pintu masuk di Bukit Gasing di Jalan Tanjong 5/4. Kira-kira jam 8.30 pagi kami memulakan perjalanan untuk mendaki.
Muka bersemangat... aja aja fighting...
Perjalanan 20 minit terawal dari pintu masuk masih lagi boleh 'leisure' walk kerana laluan yang agak mendatar. Kami memilih untuk menuju ke arah Temple yang berdekatan dengan Menara Pemancar memandangkan itu adalah puncak tertinggi Bukit Gasing iaitu 160 meters. Pendakian mula sukar pada minit ke 20-50 kerana kecuramannya yang mencabar ketahanan lutut dan tenaga kami. Banyak jugak trek yang curam ya . Jadi jangan pandang rendah dengan Bukit Gasing hihihi. Muka masing-masing dah kemerah-merahan tapi sebab hasrat nak laungkan merdeka tu punya pasal kami teruskan jugak walau lutut masing-masing dah menggigil. Sampai di puncak setelah 50 minit mendaki.
Muka penat lagi fuh fuh fuh.... walaupun first time jumpa terus boleh hangout.. best buddies
Setelah peluh masing-masing tersejat sesi bergambar dan berhuhahuha sangatlah best sambil menikmati permandangan dari puncak .
Rajin betul si Ruhhul ni mengedit gambar dia takdop pulak dalam ni...
Pendaki2 yang cekal.. tahniahhhhhh lahh korangg
Gaya bebas...
Semangat patriotik sangat ...
Jadi setelah penat bergambar, bergelak, bervideo dan bergelak semula selama 20-30minit di puncak bukit kami terus menuju ke arah ikut hati dan perasaan. Tetiba terlalu di tepi bangunan yang tidak dapat dikenalpasti apakah dia lalu kami bergambar dengan bendera yang ada di situ. Hasrat bergambar dengan bendera tercapai walaupun bendera pinjam.hihi..
Pinjam bendera pon boleh hihihihi...
Merdeka!!!!
Tak dengar pon tak pe kami merepek je banyak tu.. suara cik Wawa je dengar..hihihi..
Sumber: Ruhhul yang rajin mengedit saya ambik je..
Waktu 'leisure walk' ni boleh lah nak bervideo time mendaki mau berpaut kat dahan pokok
sumber: Ruhhul lagi
Kemudian kami teruskan berjalan menuruni bukit sehinggalah sampai di simpang yang keliru dan kami mengikut arah kiri setelah bertanya seorang Uncle cina yang kebetulan lalu di situ sehinggalah kami jumpa laluan yang kami sudah lalu tadi. Hasrat di hati nak teruskan perjalanan ke Watch Tower memandangkan mengikut map yang di muatnaik di handphone macam tidak berapa jauh. Kami lalu ikut jambatan kayu kecil yang dikawasannya semacam roundabout laluannya.
Laluan yang mendaki sekali lagi ini mencabar keimanan dan kesabaran walaupun laluannya bertangga. Setelah hampir 20 minit mendaki tapi masih belum ketemu Watch tower, kami berhenti di kawasan yang ada tempat duduk semacam pangkin sambil menegur dan menyibuk dengan orang di sana yang berhenti menghilangkan lelah mendaki. Tim sibuk mempersoalkan scale yang digunakan oleh map ini memandangkan tidak sampai-sampai dan agak menipu kami. Aku turut mengiakan kerana terasa tertipu juga..hahahaha..
Di perhentian yang memberi kata putus untuk mengambil jalan pulang hikhikhik...
Kebanyakan yang mendaki di situ adalah warga emas cina yang kalau melepasi kami memberi kata semangat "kalau saya boleh kamu mesti boleh ma.. muda lagi". Tapi ada juga yang tidak percaya kami dah sampai puncak berdekatan temple yang boleh di lihat dari tempat yang kami berhenti hahaha. Setelah bertanya beberapa orang yang datang dari arah bertentangan berapa lama untuk sampai ke Watch Tower, jawapannya yang sangat variasi membantutkan kami ingin teruskan perjalanan jadi kami berputus asa berpatah balik menuju ke pintu masuk tadi untuk ke kereta sahaja memandangkan perut masing-masing dah menyanyi lagu aspalela versi acapela. Trek di Bukit Gasing ini memang banyak dan nama gasing pun mungkin sebab jalannya yang berpusing pusing macam gasing hihi... jadi akan lalu trek yang lain pada masa akan datang.
Sebelum pulang kami berhuha di depan pintu masuk tadi untuk mengambil gambar after mendaki. Perbualan kami di dengari oleh sekumpulan apek yang sedang duduk di situ. Mereka mencadangkan supaya kami mecurahkan air di baju memandangkan basah peluh yang tak nampak di baju kami.. isk isk isk Uncle percayalah kami berpeluh bagai nak rak dah tadi hahahahaha...
Gambar after hiking... uncle yang suruh jirus baju tolong amek gambar.
Sangat terasa erti merdeka bilamana kita berhuha-huha dengan bangsa lain dan setiap kali bertembung ucap good morning dan salam merdeka. Ini yang kita mahuuuuu.. ops tersemangat sudah..
Masing-masing dah lapar jadi kami memilih kedai yang berdekatan iaitu Restoran Raju.
Restoran ini sangat ramai sehingga terpaksa menunggu meja kosong. Restoran yang penuh dan bervariasi kaum juga membawa erti kemerdekaan ceh ceh ceh ceh ... Tetiba..
Ane-ane kat belakang tu pon nak join rupenye.. muke kekenyangan
kuah kari yang umphh.. Makan atas daun pisang tu epik..
Untuk makluman pintu masuknya banyak. Jadi nasib baik pilih entrance yang ini kerana dekat dengan puncak tertinggi. Nampak tak main tipu.. tak tipu pun sebab baru tahu bila after mendaki ..hihihihi... kalau nak tipu lagi ada entrance lain dan yang ni lagi tak aci.
Jadi next time berhasrat di hati nak pergi trek yang akan lalu Canopy Walk dan Watch Tower.
Thanks korang ... sangat beronok-ronok dapat hiking dengan korang.. ok jangan lupa date seterusnya..
Kembaralah kamu ke segenap penjuru dunia... Boleh jadi bertambah nikmat kesyukuran kamu melihat setiap sisi dunia...
No comments:
Post a Comment