*************************
Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Awan kelabu menutupi segenap ruang angkasa. Mega mendung itu seakan selagu mendung hatiku. Selera makanku sudah hilang seminggu lalu. Roti yang ku telan pagi tadi meronta-ronta mahu di keluarkan. Badanku terasa lemah ,kepalaku memberat mahu bersandar. Tiada daya untuk melakukan apa-apa melainkan meletakkan kepala di atas meja kerjaku. Badanku lenguh di sana-sini terutama di bahagian tulang belakangku.
Aku terus mencapai telefon bimbit. Aku mendail nombor kakakku. Tak sanggup rasanya berulang ke tandas memuntahkan segala isi badanku sehingga tiada apa yang mahu keluar. Dayaku sudah habis .Aku membeli air tin Revive di mesin air berdekatan, berusaha untuk mendapatkan sedikit tenaga . Pukul 4.15 petang kakakku tiba dan membawaku berjumpa doktor. Suhu badanku membahang 39.3 oC. Seperti biasa, aku akan melaporkan sejujurnya segala perubahan pada tubuhku pada doktor. Sakit belakang, tiada sakit sendi, tiada sakit perut melampau, muntah dan sepertinya menjadi lebih baik selepas meminum setin Revive. Doktor memberiku sehari M.C. Tidurku tidak lena kerana ketidakselesaan pada badanku. Aku mengambil tuala kecil dan menuam kepalaku. Bakso yang ku beli sejurus pulang dari klinik terbiar di atas meja sehingga pagi.
Keesokan harinya ... berlalu dengan hampir sepenuh masa ku di atas katil. Tiada daya berjalan dan solatku separuhnya terpaksa ku duduk. Selera makanku masih tertahan. Tiga suap sahaja yang mampu ku telan dari sebungkus nasi berkuah sup dan telur dadar yang dibeli temanku. Malam seterusnya, tidurku lebih sempurna dengan memakai 'cool fever' yang dibeli temanku Farah.
Kebiasaannya jika aku sakit muntah-muntah disebabkan tersalah makan. Badanku akan pulih selepas sehari. Oleh sebab itu, aku terima pelawaan Wawa untuk ke klinik bagi menemaninya membuat rawatan gigi dan dalam masa yang sama, aku juga mahu mencabut benang di gusi yang di sebabkan 'minor surgery' mencabut gigi bongsuku dua minggu lalu. Memandangkan doktor gigi yang menguruskan rawatan kami pergi kursus, kami terpaksa datang semula Isnin hadapannya. Kedatangan kami seakan sia-sia dan aku berputus untuk berjumpa semula doktor yang merawatku Isnin lalu bagi mengesahkan sakit di tubuhku yang mengganggu tidurku . Hasil semakan doktor, suhu badanku meningkat ke 39.6 oC. Aku memberi tahu doktor, sendi seluruh badanku seperti kejang dan menjadi punca aku tidak mampu berdiri lama. Menurut doktor urat yang tegang boleh jadi disebabkan demam panas yang melampau. Doktor sarankanku membuat 'urine test' , blood test dan masuk air. Hampir sejam memasukkan air ke dalam badan, Cik Wawa terpaksa menemani ku sehingga terpaksa ponteng kelas. Doktor datang ke katilku sambil membawa hasil 'blood test' dan 'urine test'. Doktor menerangkan sel darah merahku normal bacaannya (199) jadi di sebabkan itu kebarangkalian denggi itu tidak tinggi tetapi doktor menyuruhku datang semula hari Jumaatnya untuk 'follow up' disebabkan bacaan W.B.C (3.09) yang rendah dan tidak normal. Aku mendapat 2 hari lagi M.C.Atas nasihat doktor aku memaksa diri untuk makan dan minum tiga botol air mineral sehari bagi melawan sakitku. Aku bersyukur mendapat teman-teman yang menjaga soal makanku sepanjang kurang upayaku. Jika tidak, pasti sakit ku tidak kebah "Wallahualam".
*********************************
Seperti di janji , aku tiba awal pagi Jumaat untuk membuat 'follow up' dengan doktor. Malangnya doktor tersebut tidak masuk mungkin disebabkan 'urgent case' dan aku berputus untuk tidak bertemu doktor lain kerana berfikir letih untuk menerangkan dari mula rentetan kesakitan tubuhku. Jadinya.. hujung mingguku , aku berehat sepuasku dan membatalkan segala agenda. Sebelah malam Sabtu itu, aku seakan sukar bernafas sewaktu tidur dan tapak kakiku terasa gatal .Tanpa mencurigai apa-apa dan berfikir mungkin ia disebabkan sejuk yang melampau aku biarkan sakit tersebut singgah dan berlalu pergi dengan sendirinya. Badanku terasa seperti cepat menyejat air. Lidah cepat kering walaupun sudah berbotol-botol air mineral ku telan. Hari Ahad nya aku gagahkan juga diri pergi ke kelas tuisyen , kelas terakhir sebelum pelajarku bercuti sekolah. Badanku masih lenguh dan sengal di sana-sini. Selera makanku beransur pulih.
Isninnya, aku dan Wawa ke klinik semula bagi mendapatkan rawatan gigi. Rawatanku tamat awal dari Wawa dan aku teragak-agak untuk bertemu semula doktor memandangkan tubuhku sudah beransur pulih, cuma sengal badan dan 'migrain' yang kadang-kadang muncul. Atas nasihat Wawa, dan untuk pengesahan terakhir aku mengambil nombor untuk berjumpa doktor. Tanpa perlu menunggu lama, nomborku sudah terpanggil. Suhu badanku rupa-rupanya masih belum normal 37.4 oC. Doktor seakan dapat membaca fikiranku yang ingin membuat ujian 'urine test' dan 'blood test' memandangkan bacaan hasil ujian sebelum ini tidak normal bagi orang normal.. (><,)..
30 minit kemudian hasil ujianku keluar dan nomborku dipanggil bertemu doktor. Muka doktor tampak gelisah dan aku duduk di sisi bersedia mendengar dengan redha. Bacaan sel darah merahku menurun (129) segalanya yang aku anggap pulih sebenarnya dalam diam makan dalam. Doktor menyuruhku datang semula esok untuk ujian serologi pengesahan 'denggi' . Tindak balas badanku sepertinya tidak normal. Fikiranku melayang membayang untuk sampai ke bilik cepat dan berehat sepuas-puasnya. Penat yang tak berkesudahan. Tanpa risau pun jawapan 'blood test' keesokan harinya.Aku menelan 3 botol air mineral lagi sampai termuntah-muntah dan Minum 100 plus juga. Saranan doktor untuk menaikkan semula sel darah merahku berjaya mempengaruhi otakku. Malamku lena tanpa risau.
**************************************
Seminggu hidupku bergelumang bau ubat-ubatan , berjumpa nurse dan doktor yang sama.Wawa sabar menemani. (><,) .. Keesokan harinya, bacaan degupan jantungku dan tekanan darahku cukup untuk membuat doktor tersenyum lega. Aku ke kaunter 38 untuk di ambil darah. Kemudian namaku di panggil masuk ke dalam makmal untuk membuat ujian serologi bagi semakan tempoh pembekuan darah tubuhku. Sekiranya jumlah sel darah merah kurang, tempoh pembekuan darah mengambil masa yang lama dan ini akan menjadi penyebab pendarahan yang berterusan. 45 minit kemudian nomborku di panggil . Doktor mencetak hasil ujian tadi dan menunjukkan padaku . Bacaan Sel darah merah (170) dan W.B.C (4.57) semuanya normal walaupun hasil ujian itu positive denggi. Sepertinya berita buruk itu didatangkan sekali dengan berita baiknya. Aku bersyukur kerana tidak perlu di masukkan ke dalam wad kerana hasil ujian darah yang baik itu. Sesungguhnya Allah tidak membebankan hambanya diluar kemampuan hambanya.(TT.) Doktor beritahu fasa demam denggiku kini di fasa pemulihan dan berkemungkinan kemuncaknya pada hari Jumaat lalu. Kekuatan badan yang menentukan tempoh 'recovery' dan untuk itu aku harus menjaga makan minumku bagi menghapuskan keseluruhan virus itu. Aku membayang sesak nafasku, menggigil di tengah malamku dan gatal di tapak kakiku yang ku abaikan. Sepertinya sakit yang sebentar itu
cuitan kasih sayang Allah s.w.t .
Cuitan peringatan atas kelekaanku di atas muka bumi. Cuitan yang membuat ku terfikir Allah masih sayangkan hamba pendosa ini untuk terus hidup memperbaiki diri. Hanya mengingati tuhan di saat sakitnya .. Astaghfirullah al adzim.
*************************************************