Friday, March 10, 2017

Loud noises ...♬♪♬♬♬♪♪ 💙👀❤👀

Dear bloggers, 
Missing a true friend (you know who you are) makes me feel want to hear this song again and again ......

Loud noises...



I promise you my friend
We'll grow old together and never look back
We traded strengths and weakness
And no one could ever take that
I promise you my friend
I see you in my stars
Self proclaimed philosophers
Oh that's what we are
And when ever you're about to fall apart
Sing the songs we used to be
And whenever you want to fix your heart
Remember us and these loud noises
Promise me my friend
Do what you do and do it great
And you know we're not that kind
To sit around and wait
Promise me my friend
Be brave like I am still around
So promise me again
That we will stay the same
And when ever you're about to fall apart
Sing the songs we used to be
And whenever you want to fix your heart
Remember us and these loud noises
And these loud noises
And these loud noises
And when ever you're about to fall apart
Sing the songs we used to be
And whenever you want to fix your heart
Remember us and these loud noises
Songwriters: Chris Braide / Yunalis Zarai
💙👀❤👀

Friday, September 9, 2016

Kelas Lukisan Kejuruteraan bersama Cikgu Od..

LUKISAN KEJURUTERAAN adalah subjek yang paling aku gemari sejak azali lagi... Dilema jugaklah masa nak buat pilihan kelas masa tingkatan empat sama ada mahu ambil kelas biologi atau kelas tekno- singkatan teknologi kejuruteraan... Tentulah kena tanya si ibu supaya restu hadir bersama ecece.. tapi bila mak cakap suruh amik kelas bio tak nak ikut pulak.. malas nak baca bukulah... susahlah... jadiknya menangis dalam telepon sampai mak kena pujuk... akhirnya ambik kelas tekno... Batch sebelumku memang tak ramai perempuan yang ambil.. tapi batchku memang kelas tekno di lebihkan  dengan nisbah tekno kepada bio adalah 4:2. Sehinggakan budak tingkatan 4 yang baru masuk pun di beri kata dua . terima tawaran kemasukan dan hanya kelas tekno yang di tawarkan. 

Menjadi sesuatu yang kita ingini kadang-kadang perlu melalui jalan yang jarang dilalui...


Cerita lama jangan di ungkit.. Hihihihi.. Ini cerita sekarang...Kini aku sudah pun bergelar cikgu tak bertauliah untuk mengajar subjek ini.. Kebanyakan pelajar yang ku ajar menyatakan kesukaran untuk mendapatkan tutor untuk mengajar subjek ini. Mungkin kurang permintaan jadi tidak ramai tutor yang boleh mengajar subjek ini. Dengar cerita,  subjek ini hanya tinggal setahun sahaja lagi.. tahun seterusnya akan bertukar kepada subjek baru...

Untuk mengejar cita-cita kita haruslah berusaha... Sekarang ini aku masih menggagau menaiki tangga ingin menjadi pendidik bertauliah dalam bidang yang aku minati ni.. Jadi aku cuba belajar menjadi tutor terlebih dahulu dengan mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan di rumah pelajar.  Sudah 7 orang pelajar yang aku ajar setakat ini dalam tempoh dua tahun. Aku bangga dengan pencapaian pelajar-pelajarku ... Mereka berjaya mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelumnya... 

Result student memang aku anggapp macam result aku sendiri. Cara mengajar juga berbeza mengikut kriteria pelajar itu sendiri. Ada yang merangkak-rangkak untuk faham akan aku ajar satu per satu langkah sehingga pelajar faham. Jika masih tidak dapat, latihan susulan akan diberi buat bersama cikgu. Janji setiap tugasan siap sepenuhnya tiada yang di buat separuh jalan. Jika pelajar sangat pantas dan faham. Akan di beri latihan yang menguji minda mengikut tahap pencapaian pelajar itu. Nota ringkas akan ku nasihati untuk di buat supaya menjadi rujukan setiap kali latihan di buat. Set set soalan yang banyak akan di beri kepada pelajar supaya pelajar semakin mesra dengan jenis-jenis soalan dan senang faham kehendak soalan. 

Best sebenarnya mengajar... Bila kita tak dapat nak capai cita-cita kita dulu nak jadi cik Arkitek.. Dapat bantu pelajar yang nak jadi arkitek pun rasanya sangat mengubati perasaan itu.. (><,) . Ini masalah orang yang banyak cita-cita... hihihihihi...

Jangan bimbang anda akan dibimbing...


Berharap untuk tahun terakhir Subjek Lukisan Kejuruteraan ini.. semakin ramailah dan meriahlah kelas Lukisan Kejuruteraan Cikgu Od ni.. Yang penting setiap pelajar akan sentiasa ingat di hati...  Yang penting Cikgu Od sedia membantu sepenuh hati sekiranya pelajar juga sepenuh hati ingin belajar subjek ini. Disarankan supaya jumlah pelajar untuk satu sesi tidak melebihi 3 orang dengan harapan cikgu dapat mengajar pelajar one by one dengan tempo yang sangat sesuai dan bertenang. 

Nak khidmat Home Tutor untuk Kelas Lukisan Kejuruteraan silalah hubungi 016-6221641 yer... promote benor nampaknya hihihihi... Of courselahh 

Regards, 
Cikgu yang gembira mengajar kelas Lukisan Kejuruteraan..







Friday, September 2, 2016

Cerita Merdeka di Bukit Gasing

Dear Bloggers, 

Pada tanggal 31 Ogos 2016, Sempana Hari Kemerdekaan yang ke-59 kali ini..  Hasrat di hati nak laungkan merdeka di puncak Bukit Gasing. Setelah beberapa entri blog berkenaan pendakian ke Bukit Gasing di baca, kebanyakannya menyatakan laluan treknya yang banyak dan agak mengelirukan kerana tidak mempunyai tanda arah. Jadi kami bertawakal dalam hati dan ingin ikut sahaja jejak orang di sana nanti walaupun dah simpan route map sekiranya sesat nanti. Seramai 7 orang yang ikut setelah di riki-riki kawan kepada kawan dan free time hari yang dirancang. 

Setelah semua berkumpul, pada jam 7.30 pagi kami bergerak dari UPM dengan 2 kenderaan. Tiba di sana setelah 20-30 minit perjalanan. Ada tiga starting point untuk mendaki Bukit Gasing ini iaitu di Jalan Gasing, Kampung Pasir dan Pantai Dalam. Jadi kami memilih Jalan Gasing. Agak sukar mencari parking kerana kedudukannya di kawasan perumahan dan waktu itu sudah ramai yang tiba. Kami meletakkan kereta berdekatan pintu masuk di Bukit Gasing di Jalan Tanjong 5/4. Kira-kira jam 8.30 pagi kami memulakan perjalanan untuk mendaki. 

Muka bersemangat... aja aja fighting... 


Perjalanan 20 minit terawal dari pintu masuk masih lagi boleh 'leisure' walk kerana laluan yang agak mendatar. Kami memilih untuk menuju ke arah Temple yang berdekatan dengan Menara Pemancar memandangkan itu adalah puncak tertinggi Bukit Gasing iaitu 160 meters. Pendakian mula sukar pada minit ke 20-50 kerana kecuramannya yang mencabar ketahanan lutut dan tenaga kami. Banyak jugak trek yang curam ya . Jadi jangan pandang rendah dengan Bukit Gasing hihihi. Muka masing-masing dah kemerah-merahan tapi sebab hasrat nak laungkan merdeka tu punya pasal kami teruskan jugak walau lutut masing-masing dah menggigil. Sampai di puncak setelah 50 minit mendaki. 


Muka penat lagi fuh fuh fuh.... walaupun first time jumpa terus boleh hangout.. best buddies 

Setelah peluh masing-masing tersejat sesi bergambar dan berhuhahuha sangatlah best sambil menikmati permandangan dari puncak . 

Rajin betul si Ruhhul ni mengedit gambar dia takdop pulak dalam ni...
Pendaki2 yang cekal.. tahniahhhhhh lahh korangg


Gaya bebas... 

Semangat patriotik sangat ... 


Jadi setelah penat bergambar, bergelak, bervideo dan bergelak semula selama 20-30minit  di puncak bukit kami terus menuju ke arah ikut hati dan perasaan. Tetiba terlalu di tepi bangunan yang tidak dapat dikenalpasti apakah dia lalu kami bergambar dengan bendera yang ada di situ. Hasrat bergambar dengan bendera tercapai walaupun bendera pinjam.hihi.. 

Pinjam bendera pon boleh hihihihi... 
Merdeka!!!!




Tak dengar pon tak pe kami merepek je banyak tu.. suara cik Wawa je dengar..hihihi.. 
Sumber: Ruhhul  yang rajin mengedit saya ambik je..


Waktu 'leisure walk' ni boleh lah nak bervideo time mendaki mau berpaut kat dahan pokok
sumber: Ruhhul lagi


Kemudian kami teruskan berjalan menuruni bukit sehinggalah sampai di simpang yang keliru dan kami mengikut arah kiri setelah bertanya seorang Uncle cina yang kebetulan lalu di situ sehinggalah kami jumpa laluan yang kami sudah lalu tadi. Hasrat di hati nak teruskan perjalanan ke Watch Tower memandangkan mengikut map yang di muatnaik di handphone macam tidak berapa jauh. Kami lalu ikut jambatan kayu kecil yang dikawasannya semacam roundabout laluannya. 

Laluan yang mendaki sekali lagi ini mencabar keimanan dan kesabaran walaupun laluannya bertangga. Setelah hampir 20 minit mendaki tapi masih belum ketemu Watch tower, kami berhenti di kawasan yang ada tempat duduk semacam pangkin sambil menegur dan menyibuk dengan orang di sana yang berhenti menghilangkan lelah mendaki. Tim sibuk mempersoalkan scale yang digunakan oleh map ini memandangkan tidak sampai-sampai dan agak menipu kami. Aku turut mengiakan kerana terasa tertipu juga..hahahaha.. 

Di perhentian yang memberi kata putus untuk mengambil jalan pulang hikhikhik...

Kebanyakan yang mendaki di situ adalah warga emas cina yang kalau melepasi kami memberi kata semangat "kalau saya boleh kamu mesti boleh ma.. muda lagi".  Tapi ada juga yang tidak percaya kami dah sampai puncak berdekatan temple yang boleh di lihat dari tempat yang kami berhenti hahaha. Setelah bertanya beberapa orang yang datang dari arah bertentangan berapa lama untuk sampai ke Watch Tower, jawapannya yang sangat variasi membantutkan kami ingin teruskan perjalanan jadi kami berputus asa berpatah balik menuju ke pintu masuk  tadi untuk ke kereta sahaja memandangkan perut masing-masing dah menyanyi lagu aspalela versi acapela. Trek di Bukit Gasing ini memang banyak dan nama gasing pun mungkin sebab jalannya yang berpusing pusing macam gasing hihi...  jadi akan lalu trek yang lain pada masa akan datang.  

Sebelum pulang kami berhuha di depan pintu masuk tadi untuk mengambil gambar after mendaki. Perbualan kami di dengari oleh sekumpulan apek yang sedang duduk di situ. Mereka mencadangkan supaya kami mecurahkan air di baju memandangkan basah peluh yang tak nampak di baju kami.. isk isk isk Uncle percayalah kami berpeluh bagai nak rak dah tadi hahahahaha... 

Gambar after hiking... uncle yang suruh jirus baju tolong amek gambar.


Sangat terasa erti merdeka bilamana kita berhuha-huha dengan bangsa lain dan setiap kali bertembung ucap good morning dan salam merdeka. Ini yang kita mahuuuuu.. ops tersemangat sudah.. 

Masing-masing dah lapar jadi kami memilih kedai yang berdekatan iaitu Restoran Raju. 

Restoran ini sangat ramai sehingga terpaksa menunggu meja kosong. Restoran yang penuh dan bervariasi kaum juga membawa erti kemerdekaan ceh ceh ceh ceh ... Tetiba..

Ane-ane kat belakang tu pon nak join rupenye.. muke kekenyangan  
kuah kari yang umphh.. Makan atas daun pisang tu epik..


Untuk makluman pintu masuknya banyak. Jadi nasib baik pilih entrance yang ini kerana dekat dengan puncak tertinggi. Nampak tak main tipu.. tak tipu pun sebab baru tahu bila after mendaki ..hihihihi... kalau nak tipu lagi ada entrance lain dan yang ni lagi tak aci. 
Jadi next time berhasrat di hati nak pergi trek yang akan lalu Canopy Walk dan Watch Tower. 

Thanks korang ... sangat beronok-ronok dapat hiking dengan korang.. ok jangan lupa date seterusnya.. 

Kembaralah kamu ke segenap penjuru dunia... Boleh jadi bertambah nikmat kesyukuran kamu melihat setiap sisi dunia... 


Saturday, February 27, 2016

Mata tua...



"Biar"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

untuk lelaki yang menjadikan aku aku. kerana cintanya. kerana marahnya. kerana sempurnanya. ayah. 

Semoga ayah terus bertabah dan terus kuat dengan dugaan kesakitan yang ditempuhi sekarang.

lagu by Fynn Jamal...



Wednesday, February 17, 2016

Teaching vs Learning...

Dear bloggers...

Halooo citt hari ni terajin pulak nak upload lagi satu entri...

Yup I am a part-time tutor...

Trust me.. As a teacher, you will have many best moments than the bad one.You also will always have to be a person who knows everything because the kids nowadays like to ask many things and most of it are not in the syllabus. Maybe because they are very open with a lot of information on the Internet that raises a question mark on them.

I got to teach a special kid that I really wish him to be a pilot one day. In addition, that was his ambition and I see in him. He is a fast learner student in mathematic but slow in Bahasa Malaysia. Besides that, he is quite lazy and it depends on his mood. When he start to be lazy he will say he don't know even the question is 1+1=? ... 

He loves to share about his travel story. This kid memang dah biasa travel dengan naik kapal terbang since dari baby lagi dan sememangnya anak tunggal yang tidak banyak orang untuk di luahkan perasaan.. Sampai rasanya sayalah antara tempat untuknya bercerita.. segala-galanya.. kawan-kawan dia... mainan baru dia... So because of saya di lahirkan di dalam keluarga besar yang  sangat kelam kabut ,kecoh, riuh rendah.. sepai bagai.. sorang bercakap dah di sahut sampai tak sabar-sabar yang lainnya tak tunggu giliran. For this kid I feel the loneliness in him.. and because of that, his lovely mother give him everything he wants ... Every school holiday he will go on flight to other country and that makes him good in speaking english. 


Tengoklah buku ape yang dia suka tunjuk and baca. Menangis cikgunya tengok sebab kecik-kecik dulu paling hebat pun buku cikgunya baca "Arnab dan kura-kura".


He loves to share with me about his flight. His aeroplanes toys. Vigorously told me about the flight Garuda.. MAS... and soo on he ever boarded .. Yang iolls pernah naik cumalah Air asia.. Boleh dikatakan he is master about the type of aeroplanes. Sebab die boleh tahu jenis-jenis aeroplanes yang banyak tuh.. dia boleh tahu aeroplanes yang mane dia akan naik untuk bercuti nanti.. For his ages I think he is too smart to know those things.. cube bayangkan kita kecik-kecik dulu tengok flight just cakap wahhhhh besarnya!!!!   But for him he looks at the detail..how many passenger...the size... how many windows of the flight.. he knows... because he draw it.. 



Hasil lukisan bilamana diminta melukis dengan balasan he will do the homework yang cikgunya bagi. (>,,<) hahaha menangis... dan barulah cikgunya belajar ape menda yang ada kat flight bukan pakai naik je...... opps. yang tingkap kat hujung tu asalnya cikgu dia lukis 3 je... the dia cakap 5 lah cikgu.. ohh now I know...

Jadi bila kita menjadi seorang guru... banyak sebenarnya yang kita belajar bukan sahaja kita mengajar... 
Kita juga dengan tidak sengaja akan menjadi seorang yang memberi manfaat kepada orang lain...


I really love him like my own kid I think hihihihi..ishhh mana boleh caras mak dia.. eh tetibe... 



Thursday, February 11, 2016

Syurga yang dirindukan...

**********************************                 
Aku rindu...
Syurga itu...

Tatkala subuh mula menjengah lagi  ...
Kokokan ayam berbunyi memecah kesunyian pagi...
Mata-mata mula menjengil tanda hari baru datang lagi...


           Ayam berkokok tak kira waktu kadang-kadang macam nak terkeluar anak tekak bunyinya.. hehehe...


Sungguh...
Aku rindu syurga itu...

Kerana jiwa jiwa yang menghuninya sangat polos dan murni...
Banyak darinya  yang berusaha menjadi tangan yang di atas dini hari...
Yang berusaha menjadi yang lebih suci dari yang malam tadi ..
Yang bersatu dalam barisan safnya bersujud menghadap ilahi... 




Aku rindu syurga itu...

Rindu pada masakan yang meresahkan jiwa sang pengdiet bersiri ... 
Rindu pada gurau tawa yang menampakkan barisan gigi...
Rindu meleraikan pertengkaran si kenit-kenit yang comel lagi  ... 
Rindu pada taska yang tak berbayar dan riuhnya suara si kenit pari-pari ...



Beginilah tahap kecomelan mereka... rasa macam nak picit-picit je... haihh tak taw pasai apa tahhh...


Sungguh aku rindu...
Bonda dan ayahanda...  

waaaaaaaaa... nak balikkkkkkk... (TT.) 




Wednesday, April 1, 2015

Thank You Mom.. You are AWESOME!!!!! (><,)

 Nota Si kecil.... (><,)



Terkebil-kebil mata si kecil melihat bayangan insan yang sedang bertungkus-lumus mengemop lantai di balik pintu biliknya.. Termenung dalam baringan melihat kekhusyukan ibunya di pagi hari itu.. Jarum jam masih bermain di angka 5. Pagi itu masih gelap dan sunyi... Di setiap sunyinya pagi ... insan itulah yang pertama derapan kakinya didengar... Laungan nama dari insan itu dengan senyuman  si kecil sambut.. sengaja suka namanya di panggil penuh..
Terima kasih Mak...


*********************************************************************************
Malam itu si kecil membuat kerja sekolahnya yang bertimbun.. Menggunakan meja menjahit sebagai meja kerjanya.. khusyuk sungguh dia...Dalam kekhusyukan itu, tiba-tiba satu pelukan di belakang badannya sedikit mengejutkannya... di toleh kebelakang terlihat ibunya senyum seraya membantunya dalam beberapa soalan yang sedang di usahanya... lantas kesungguhan membuat kerja sekolah malam itu lain macam semangatnya...
Terima kasih Mak...


*********************************************************************************



Si kecil kini menjangkau usia 11 tahun dan kakaknya pula 12 tahun. Di saat itu, bahang UPSR sudah terasa. Cadangan ke tuisyen si ibu suarakan. Masih teringat memori di petang itu. Si ibu mengayuh basikal hijau hak milik kakak sulungnya menuju ke rumah guru tuisyen tersebut untuk menyatakan hasratnya. Panasnya petang itu dan kudratnya si ibu mengayuh basikal hanya tuhan yang tahu.
Terima kasih Mak...

************************************************************************
Di saat menjangkau umur remaja.. si kecil tadi di terpilih masuk ke sekolah asrama… Setiap kali datangnya ibu ayah ke sekolah hampir seharian masa mereka berhabis di situ dan kudrat tenaga mereka juga di gunakan untuk menatap si kecil itu.
Terima kasih Mak...


************************************************************************

Di saat kecewa dalam keputusan Spm.. Si kecil tadi pulang dari sekolah dengan hati yang kusut... Ayat- ayat semangat ibunyalah  yang menjadi penawar di setiap kekusutan itu...
Terima kasih Mak...


************************************************************************
Hari itu hari terakhir untuk menukar pilihan kos bagi kemasukan ke IPTA.. si kecil yang sudah bergelar gadis itu seakan yakin dengan pilihannya untuk meletakkan kos senibina di tangga teratas...  Sebelum menekan butang kemaskini,  si kecil bertanya ibunya buat kali terakhir.. Si Ibu menyuarakan pendapatnya untuk meletakkan kos senibina landskap di tangga kedua . Si gadis menurut tanpa membantah.. Dan kini redhanya seorang ibu ternyata memang luar biasa .. Pilihannya itu seakan pilihan yang tepat bagi si kecil itu kini...
Terima kasih Mak...




************************************************************************

Kini si kecil sudah dewasa... Banyak lagi memori indah bersama ibunya yang masih segar dalam ingatannya.. dan di pilih menjadi semangat di setiap langkahnya... 




Mungkin ini hanya secebis dari sepuluh kami....Hebatmu Ibu sudah terserlah walau dari satu....




Belum di dengar nota si kecil dari yang lain... 


    owh mereka sedang terpana melihat gambar di ataslah tu... (><,)  kih kih




Syurga kami di bawah telapak kakimu Ibu...
Terima kasih tak terhingga MAK


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE- 57  IBU TERCINTA
WE LOVE YOU MAK

MAK....Di setiap langkah yang mendatang.. Tahukah dikau.. kau yang mencoraknya dari dulu dengan sabarmu..Kau yang warnainya sebegitu indah dengan .. lembutmu..

Ampun ibu atas segala ketelanjuran bahasa kami..  



Apakah sebenarnya  Terbuku dikalbumu

Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku

Tak bisa kurungkainya

Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga

Tidak mampu merasa

Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan

Untuk dewasakan ku

Pengorbanan yang kau lakukan

Untuk dewasakanku

Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya

Takkan terlerai kasih

Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara

Dan terima segala

Dugaan dan badai yang melanda...

Duhai ibu..........................................Thank you Mom for being awesome .......

















Wednesday, December 17, 2014

KOTAK OREN

Aku pencinta kucing. Aku geram dengan kecomelan keletah mereka. Aku geram dengan gebunya bulu mereka. Aku gerammm....  



Kegeraman aku ini di hidu oleh teman sekerjaku. Oleh itu temanku ini ku panggil Nana berbesar hati memberiku 5 ekor anak kucing yang ditinggalkan di hadapan klinik veterinar tempat kerjanya. 2 ekornya telah pergi sebelum aku sempat mengambilnya. Adikku Ina menemaniku mengambil kucing-kucing itu di rumah Nana di Ipoh. Akhirnya 3 ekor anak kucing ini berada di genggamanku. Hasil ajaran Nana, membela anak kucing yang masih kecil sepertinya menjaga bayi.. Perlu disusukan setiap 3 jam , perlu di  buangkan air besarnya , perlu di perhatikan setiap perubahan badannya. 


Anak-anak kucing ini di besarkan tanpa susu ibunya, sedari lahir minum susu tin. Badan mereka tumbesarannya seakan tidak normal. Segala-galanya kecil walaupun umur mereka sudah hampir sebulan. 
Seminggu aku menjaga bagai menatang minyak yang penuh. Setiap 3 jam kucing ini akan mengiau ingin disusukan . Aku kagum sememangnya tepat 3 jam mereka mula lapar. Hari Khamisnya aku perlu bergerak ke Taiping kerana ada program di Sekolah menengahku dan keputusanku sememangnya ingin membawa ketiga-tiga kucing ini bersamaku memandangkan penjagaan yang rapi amat perlu untuk kucing-kucing istimewa ini. Tengah hari itu aku keluar menemani kakak iparku ke pekan, kucingku kubiarkan di rumah abangku di Kajang. 

Pulang sahaja dari pekan, dari jauh ku dengar  kucingku sudah mengiau. Tetapi kedengaran satu suara sahaja. Aku lantas bergegas membuat susu dan memberi mereka minum. 2 ekor kucing yang berwarna oren dan hitam belang sepertinya tidak bermaya sewaktu aku mengangkatnya. Aku mengangkat kesemuanya dan memasukkan ke dalam kotak. Kucing oren itu sepertinya tidak bernyawa lagi dan aku terus meletakkan di atas kandang dan memesan kakak iparku untuk tolong tanamkannya. Aku kaget.Tanpa membuang masa aku bergegas menekan enjin kereta myviku menuju ke klinik veterinar di UPM. Setibanya di parking aku lihat jam menunjukkan pukul 5.05 petang dan perkhidmatannya hanya sehingga pukul 5 petang.Aku menatap kucing hitam belangku yang sepertinya sudah menghembuskan nafas yang terakhir. Nafas itu kedengaran panjang dan sayu. Mataku berkaca. Seekor sahaja yang masih bernyawa di dalam kotak itu mencium adiknya yang sudah tidak bernafas itu.

Aku terus pulang ke rumah kakakku di Puchong. Menyiapkan pakaian dan barang-barang  seterusnya bergerak ke Kepong untuk bermalam di rumah rakanku Uena. Kemudian keesokan paginya kami teruskan perjalanan ke Taiping bersama KOTAK OREN . Hanya seekor sahaja yang berada dalam kotak oren itu. Pasti janggal dengan ketiadaan yang lainnya. Sambil menyaksikan perlawanan bola keranjang kotak oren ini setia di sisi. Pekikan dan riuhan suasana langsung tidak mengganggu lenanya si comel. Yang pasti setiap 3 jam perlu menyusukannya. 



Memandangkan KOTAK OREN itu merupakan kotak kasut asadi. Keberadaan kucing comel ini tidak di ketahui ramai orang di sana. Pasukan bola keranjang sekolah yang mengetahuinya menamakannya 'Joyah '. Joyah kelihatan sihat dan selera minum susu.


Setelah beberapa hari di Taiping. Kami berputus untuk pulang pada hari Ahadnya. Jam 11 pagi kami bertolak bersama Mira yang datang lewat sehari dari kami. Menurut perancangan awal kami sememangnya akan singgah di kampung Uena di Kuala Kangsar untuk menghantar baju. 

Pagi Ahad itu, Joyah tak minum banyak. Tak seperti selalu. Dan baru ku sedar ada kembung di badannya dan bila di tegur Uena bulu di bahagian tangannya seperti kekuningan dan berwarna kusam dan ada kesan seperti lebam. Tengah hari itu, sewaktu di kampung Uena, Joyah kencing dengan banyaknya dan kembung di perutnya hilang. Joyah kelihatan sangat kurus dan tidak bermaya. Sepertinya keadaan Joyah sama seperti adik-beradiknya yang lain sewaktu nafas terakhir mereka. Empangan mataku hampir pecah. Memandangkan berada di rumah orang, aku bergegas keluar duduk di kereta dan menangis sepuasnya kerana tidak mahu disoal yang lain. 

Uena sepertinya membaca fikiranku yang sebenarnya menunggu sahaja dengan redha. Dia terus berkeputusan untuk memberitahu pak cik dan makciknya untuk bergerak dahulu walaupun perbincangan bersama keluarganya belum berakhir. Kami bergegas pulang menuju ke selatan di pandu oleh Uena. Joyah masih bernafas aku memegang Joyah dan meletakkannya di pangkuan ku. Degupan jantungnya jelas melalui deria rasa tanganku.  

Degupannya perlahan dan kuat seakan 3 saat untuk satu degupan. Sepertinya dia bertarung untuk bernafas dan terus hidup. Kuat sungguh kucing comel ini. Dari pukul 7 petang sehingga pukul 9 malam kami berlegar di bandar Ipoh mencari kedai veterinar yang buka di hari Ahad. Sememangnya sukar sehinggakan aku bersuara dalam kesuraman itu 'Uena jom gerak ke KL'.  Nafas kucing digenggamanku ini masih kedengaran.. nafasnya semakin kuat.. Tepat jam 9.23 malam terpapar di keretaku...Aku merasakan nafas terakhir itu ... yang panjang.. dan yang kuat... Aku memberi isyarat pada Uena pemergian Joyah. Mira turut terdiam melihat drama itu. Dalam kegelapan malam dengan pantulan cahaya lampu kereta di jalanan aku melihat titisan air mata itu. Menitis laju membasahi tudung labuhnya. Aku meletakkan Joyah di dalam KOTAK OREN itu semula. 


Seharian selepas itu  aku rasa kekurangan. Rasa kekosongan kerana sudah biasa dengan suara ngiauan anak-anak kucing istimewa ini. Mereka sememangnya seperti mempunyai penyakit virus yang tidak dapat di kenalpasti kerana ketiadaan ibu mereka. 

Kucing-kucing ini sememangnya memberi warna dalam hidupku. Pengalaman bersama mereka memberi banyak iktibar yang tak dapat di ungkapkan dengan kata-kata. Hey kucing-kucing comel damailah dikau di sana. Akan terpahat sentiasa memori bersamamu. KOTAK OREN.


Thursday, November 27, 2014

...CUITAN KASIH SAYANG...



*************************

Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Awan kelabu menutupi segenap ruang angkasa. Mega mendung itu seakan selagu mendung hatiku. Selera makanku sudah hilang seminggu lalu. Roti yang ku telan pagi tadi meronta-ronta mahu di keluarkan. Badanku terasa lemah ,kepalaku memberat mahu bersandar. Tiada daya untuk melakukan apa-apa melainkan meletakkan kepala di atas meja kerjaku. Badanku lenguh di sana-sini terutama di bahagian tulang belakangku. 

Aku terus mencapai telefon bimbit. Aku mendail nombor kakakku. Tak sanggup rasanya berulang ke tandas memuntahkan segala isi badanku sehingga tiada apa yang mahu keluar. Dayaku sudah habis .Aku membeli air tin Revive di mesin air berdekatan, berusaha untuk mendapatkan sedikit tenaga . Pukul 4.15 petang kakakku tiba dan membawaku berjumpa doktor. Suhu badanku membahang 39.3 oC. Seperti biasa, aku akan melaporkan sejujurnya segala perubahan pada tubuhku pada doktor. Sakit belakang, tiada sakit sendi, tiada sakit perut melampau, muntah dan sepertinya menjadi lebih baik selepas meminum setin Revive. Doktor memberiku sehari M.C. Tidurku tidak lena kerana ketidakselesaan pada badanku. Aku mengambil tuala kecil dan menuam kepalaku. Bakso yang ku beli sejurus pulang dari klinik terbiar di atas meja sehingga pagi. 

Keesokan harinya ... berlalu dengan hampir sepenuh masa ku di atas katil. Tiada daya berjalan dan solatku separuhnya terpaksa ku duduk. Selera makanku masih tertahan. Tiga suap sahaja yang mampu ku telan dari sebungkus nasi berkuah sup dan telur dadar yang dibeli temanku. Malam seterusnya, tidurku lebih sempurna dengan memakai 'cool fever' yang dibeli temanku Farah. 

Kebiasaannya jika aku sakit muntah-muntah disebabkan tersalah makan. Badanku akan pulih selepas sehari. Oleh sebab itu, aku terima pelawaan Wawa untuk ke klinik bagi menemaninya membuat rawatan gigi dan dalam masa yang sama, aku juga mahu mencabut benang di gusi yang di sebabkan  'minor surgery' mencabut gigi bongsuku dua minggu lalu. Memandangkan doktor gigi yang menguruskan rawatan kami pergi kursus, kami terpaksa datang semula Isnin hadapannya. Kedatangan kami seakan sia-sia dan aku berputus untuk berjumpa semula doktor yang merawatku Isnin lalu bagi mengesahkan sakit di tubuhku yang mengganggu tidurku . Hasil semakan doktor, suhu badanku meningkat ke 39.6 oC. Aku memberi tahu doktor, sendi seluruh badanku seperti kejang dan menjadi punca aku tidak mampu berdiri lama. Menurut doktor urat yang tegang boleh jadi disebabkan demam panas yang melampau. Doktor sarankanku membuat 'urine test' , blood test dan masuk air. Hampir sejam memasukkan air ke dalam badan, Cik Wawa terpaksa menemani ku sehingga terpaksa ponteng kelas. Doktor datang ke katilku sambil membawa hasil 'blood test' dan 'urine test'. Doktor menerangkan sel darah merahku normal bacaannya (199) jadi di sebabkan itu kebarangkalian denggi itu tidak tinggi tetapi doktor menyuruhku datang semula hari Jumaatnya untuk 'follow up' disebabkan bacaan W.B.C (3.09) yang rendah dan tidak normal. Aku mendapat 2 hari lagi M.C.Atas nasihat doktor aku memaksa diri untuk makan dan minum tiga botol air mineral sehari  bagi melawan sakitku. Aku bersyukur mendapat teman-teman yang menjaga soal makanku sepanjang kurang upayaku. Jika tidak, pasti sakit ku tidak kebah "Wallahualam".


*********************************

Seperti di janji , aku tiba awal pagi Jumaat untuk membuat 'follow up' dengan doktor. Malangnya doktor tersebut tidak masuk mungkin disebabkan 'urgent case' dan aku berputus untuk tidak bertemu doktor lain kerana berfikir letih untuk menerangkan dari mula rentetan kesakitan tubuhku. Jadinya.. hujung mingguku , aku berehat sepuasku dan membatalkan segala agenda. Sebelah malam Sabtu itu, aku seakan sukar bernafas sewaktu tidur dan tapak kakiku terasa gatal .Tanpa mencurigai apa-apa dan berfikir mungkin ia disebabkan sejuk yang melampau aku biarkan sakit tersebut singgah dan berlalu pergi dengan sendirinya. Badanku terasa seperti cepat menyejat air. Lidah cepat kering walaupun sudah berbotol-botol air mineral ku telan. Hari Ahad nya aku gagahkan juga diri pergi ke kelas tuisyen , kelas terakhir sebelum pelajarku bercuti sekolah. Badanku masih lenguh dan sengal di sana-sini. Selera makanku beransur pulih. 

Isninnya, aku dan Wawa ke klinik semula bagi mendapatkan rawatan gigi. Rawatanku tamat awal dari Wawa dan aku teragak-agak untuk bertemu semula doktor memandangkan tubuhku sudah beransur pulih, cuma sengal badan dan 'migrain' yang kadang-kadang muncul.  Atas nasihat Wawa,  dan untuk pengesahan terakhir aku mengambil nombor untuk berjumpa doktor. Tanpa perlu menunggu lama, nomborku sudah terpanggil. Suhu badanku rupa-rupanya masih belum normal 37.4 oC. Doktor seakan dapat membaca fikiranku yang ingin membuat ujian 'urine test' dan 'blood test' memandangkan bacaan hasil ujian sebelum ini tidak normal bagi orang normal.. (><,).. 

30 minit kemudian hasil ujianku keluar dan nomborku dipanggil bertemu doktor. Muka doktor tampak gelisah dan aku duduk di sisi bersedia mendengar dengan redha. Bacaan sel darah merahku menurun (129) segalanya yang aku anggap pulih sebenarnya dalam diam makan dalam. Doktor menyuruhku datang semula esok untuk ujian serologi pengesahan  'denggi' . Tindak balas badanku sepertinya tidak normal. Fikiranku melayang  membayang untuk sampai ke bilik cepat dan berehat sepuas-puasnya. Penat yang tak berkesudahan. Tanpa risau pun jawapan 'blood test' keesokan harinya.Aku  menelan 3 botol air mineral lagi sampai termuntah-muntah dan Minum 100 plus juga.  Saranan doktor untuk menaikkan semula sel darah merahku berjaya mempengaruhi otakku. Malamku lena tanpa risau. 

**************************************

Seminggu hidupku bergelumang bau ubat-ubatan , berjumpa nurse dan doktor yang sama.Wawa sabar menemani. (><,) .. Keesokan harinya, bacaan degupan jantungku dan tekanan darahku cukup untuk membuat doktor tersenyum lega.  Aku ke kaunter 38 untuk  di ambil darah. Kemudian namaku di panggil masuk ke dalam makmal untuk membuat ujian serologi bagi semakan tempoh pembekuan darah tubuhku. Sekiranya jumlah sel darah merah kurang, tempoh pembekuan darah mengambil masa yang lama dan ini akan menjadi penyebab pendarahan yang berterusan. 45 minit kemudian nomborku di panggil . Doktor mencetak hasil ujian tadi dan menunjukkan padaku . Bacaan Sel darah merah (170) dan W.B.C (4.57) semuanya normal walaupun hasil ujian itu positive denggi. Sepertinya berita buruk itu didatangkan sekali dengan berita baiknya. Aku bersyukur kerana tidak perlu di masukkan ke dalam wad kerana hasil ujian darah yang baik itu.  Sesungguhnya Allah tidak membebankan hambanya diluar kemampuan hambanya.(TT.)  Doktor beritahu fasa demam denggiku kini di fasa pemulihan dan berkemungkinan kemuncaknya pada hari Jumaat lalu. Kekuatan badan yang menentukan tempoh 'recovery' dan untuk itu aku harus menjaga makan minumku bagi menghapuskan keseluruhan virus itu. Aku membayang sesak nafasku, menggigil di tengah malamku dan gatal di tapak kakiku yang ku abaikan. Sepertinya sakit yang sebentar itu
  cuitan kasih sayang Allah s.w.t .


 Cuitan peringatan atas kelekaanku di atas muka bumi. Cuitan yang  membuat ku terfikir Allah masih sayangkan hamba pendosa ini untuk terus hidup memperbaiki diri. Hanya mengingati tuhan di saat sakitnya .. Astaghfirullah al adzim. 

*************************************************

Thursday, June 20, 2013


Dear Bloggers .....
lame x ketemu ><,
jom muhasabah diri sebentar ...


SYUKRAN YA RABB ( Oo,) 




Ya Allah, when I lose hope because my plans have come to nothing..
Then help me to remember that your love is always greater than my dissappointments..
And your plans for my life are always better than my dreams..

Ameen 

I asked for strength and Allah gave me difficulties to make me strong.
I asked for wisdom and Allah gave me problems to solve.
I asked for prosperity and Allah gave me brawn and brain to work.
I asked for courage and Allah gave me dangers to overcome.
I asked for patience Allah placed me in situations where I was forced to wait.
I asked for love and Allah gave me troubled people to help.
I asked for favors and Allah gave me opportunities.
I received nothing I wanted. I received everything I needed .

Alhamdhulillah ...MY PRAYERS HAVE BEEN ANSWERED...



><, lame x ketemu 

Wednesday, March 20, 2013

A CALL !!!!!

Dear Blogger ><, 

Salammm.... :) 



A CALL !!!!!

" customer service "   Weyhhh ape kejadahnye ko keje jawab- jawab call je...  

HONESTLY ... sepanjang hidup tak pernah terfikir pown akan terlibat dgn keje neyh ... HAHAHAHa saya dah lah seorang yang berat mulut ... mungkin bertan tan beratnya ...  Mungkin disebabkan dolu-dolu time belajar ... atau duduk-duduk main laptop headphone memang x lekang dari kepala... petanda kepada my future work style... dan ada yang selalu menegur " weyhh aku tengok ko dah macam operator jawab call dah " ... mungkin kata- kata tue sudah jadi doa- doa yang telah dimakbulkann.. :)  HAHAHA

Kenapela  ko pilih  keje neyh ???  (Oo.)???
Dah masa aku mule2 nak keje ... mase tue almaklumla budak2 baru habis belajar... setelah ulang alik ke KL pegi interbiu .. NAK mintak keje yang mengikut course mase kat U... sumenye GAGAL dengan cemerlangnya ..><,  dann sehinggalah kekeringan dengan kata laennya  poket dah kosong .. dan telah berjanji pada diri sendiri akan  rembat je keje yang mendatang  untuk sementara waktu bertujuan nak kumpul duet ... 
Disebabkan tawaran gaji yg agak lumayan dan keyakinan yang jitu  .. aku layannn kan je  keje neyhh .. training sebulann lebih .. and lepas tue dah kene hit floor... 

Pengalaman semasa baru hit floor :) ... 
Setelah buddy mentor bersama senior untuk dua hari... aku pown telah diberikan kepercayaan untuk menjawab call... Seminggu pertama ... datang ke keje rasanya macam masuk ke rumah hantu ..><. ermmm mungkin lagi menakutkann ... .. haahahaha .. sume customer macam dah ready je nak terkam..biasalah baru mula2.. tak pandai nak solve masalah customer... bahasa lintang pukang ...  menggeletar bila kene tengking..banyak benda yang tak faham dan belum matang lagiii.... HAHAHAHa .. memang rase macam nak FED UP .. tapi... perkara yang menguatkan saya ialah ... DAH pergi training ... Dan hampir dua bulan peruntukkan masa untuk keje nie  ... takkan nak berhenti ditengah jalan..Dan Kewangan masih belum stabil.. Untuk itu ....
Setiap hari tadah telinga dan redha je dengan segala caci maki.. (oO.) ''''    


Setelah hari berganti minggu .. minggu berganti bulan ... semenjak 25 JUN 2012 melangkah ke tempat kerja sehinggalah hari  ini  20 MAC 2013.... adelah 8 bulan lebih duduk menadah telinga mendengar segala masalah pelanggan ... Pelanggan yang baik hati....  akan membuatkan hari hari anda ceriaaaaa dan muka akan boleyh seperti ini  ... (><,)
 Yes Sir I understand you .. Have a nice dayyyy !!! ><,



Dan sebaliknya... with the adamant customer.. dispute customerr... totally muka akan berubah seperti di bawah... jika keadaan semakin annoying .. hidung akan terangkat sedikit ... HAAHHAHAHA .. 
 
" hahahaha do you aspect me to hear you """  YES I am

What do you think you get ???  (Oo.) ''''
Probably ... dapat  belajar Call Quality... setiap kali berdating dengan QA...QA  adalah seseorang yang akan ditugaskan untuk memberi markah atas CALL CALL yang telah di rakam.... segala perbualan  dirakam okeyhh  dan diberi markah ..Markah untuk lulus adalah 95% .. kalo 94.99%.... menunjukkan anda tidak perform....(><,)  ....setiap bulan mesti kene PERFORM... sudah lali dengan perkataan itu... secara kasarnya aku akan menjawab 80 panggilan sehari... THIS JOB .. TOTALLY YOU WORK FOR 8 HOUR .. x boleyh nak curi2 tulang .. 
 Selain itu sudah dapat belajar bagaimana untuk mengawal pelanggan yang sedang marahhh... yangg tengahh berasapp- asap... PANAS...
NEED TO USE RIGHT WORDS .... susun ayat yang boleyh menyejukkan keadaan... be down to earth.. customers always right <== time tue  ..... lepas tue boleyh nyanyiii... lagu najwa latip ... " segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosonggg...kosongg.. kosongg... (OO.)oppss  sorry ternyanyi plak .HAHAHAH ..

SEKIANN ....
 

 'I like nonsense, it wakes up the brain cells' 

Dr Seuss


Wa Makaru Wamakarallah , Wallahu Khoirul Makirin
Allah merancang kita juga merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t  :")

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)








Tuesday, July 12, 2011

All about him (><,)... (oO)'... (OO,)... BEST DAD ever after.. ;))

As Salam .. bloggers.. (><,)

This entry I would share about this special man.. ;))..



Masih tersemat kemas dalam otak fikiranku..mungkin juga mereka (10 budak hitam) hehehehe ....(><,)


Saat mula melangkah ke tadika...
ayah sabar menyiapkan kami beradik...kejut pepagi.. mandi.. pakai baju.. menghantar dan menjemput kami..
hahahahaha.. teringat gaye ayah lipat tudung.. petak..katenye boleyh nampak jelas kiri dan kanan.. ;D..
Thanks Ayah..(><,)



Begitu juga sekolah rendah...
Setiap kali bukak sekolah..mesti ayah akan sibuk2 belikan buku kami semua..
Setiap hari...Ayah dah ready letak duit belanje kami  kat almari.. tersusun rapi utk kami berlima... and sampai sekarang masih juge begitu.. sampaila adik sekarang..cume nilainya je berbeza...('',)
tersenyum je tgok duit atas meja sekarg sebab teringat...
Kalo tertinggal barang ke.. terlupe nak amek duit belanje ke..ayah sanggup hantar ke sekolah...huhuhu..
Then..  waktu cuti sekolah.. comfirm main je memanjang.. ayah la selalu marah2 kami... suruh belajar.. siapkan kerja sekolah...seperti biasa...katil double deckerlah tempat kami selamatkan diri..hohohoho..sebab ayah xkan naik punyer ... sorry ayah..
Ayah selalu cek kerja sekolah.. hurmm .. kalo buat keje matematik kompem ayah jeling2 ..tgok kite buat betol ke x... kalo salah .. aiyooo.. habislaa.. kene tengking kalo x paham.. 'tenging' betolla..  (><,)..
but  itulah yang menyebabkan kami cerdik ..hehehe
terima kasih... Ayah (><,)




Bile dah melangkah ke sekolah menengah... ramai antara kami yang dapat sekolah asrama...
Ayahla..juger menghantar kami semua..berulang-alik...
Manjung... Ipoh... Taiping... Gerik...Muar... Sampaikan pening nak menghantar siapa.. nak menjemput siapalah... Akhir tahun..mesti adalah yang terpaksa mengalah.. balik sendiri..
Belum lagi kalau ada event kat sekolah.. menjenguk saja-saja...
As I know.. ayah banyak habiskan masa menghantar kami semua..
bayangkanlah ... menghantar 3jam..nak balik rumah semula 3jam lagi... sebab ayah nak anak-anaknya berjaya.. ayah sanggup lakukan itu semua.. ;)
Terima kasih banyak Ayah..


Seterusnya... Bile kami semua melangkah ke universiti..
lagilah jauh perjalanan kami semua... Sarawak.. Selangor.. Banting...Terengganu.. Pahang...
Walaupun umur ayah dah semakin lanjut..ayah still kuatkan diri menghantar kami semua...
Selalu mementingkan itu untuk kami semua... Ilmu...
terima kasih yang x terhingga ayahhh (TT)...



terlalu banyak terima kasih yang tak terucap dulu.. dan sampai sekarang pun...
nasihat yang berharga... wang ... masa... semua yang ayah korbankan untuk kami semua...
segalanya tidak mungkin terbalas...dan x mampu kami semua balas..
Pasti ayah dan emak jugala tempat cemuhan atas segala kebiadapan dan perilaku kami yang kurang senang disekolah dan dimana-mana pun..
Maafkan kami semua..Ayah.. (10 budak hitam)..

You're the best daddy ... gift from Allah s.w.t...

Our superman
Our batman..
Our spiderman
Our ironman
Our keluangman... 
He was...
Daddy... father.. abah... baba... abi.. but we call him AYAH!!!...(><,)


Happy  54th Birthday AyAH..
We all love you.. (Oo,)''''' 

renungan..;))

“Seandainya engkau berikan seluruh keluarga dan hartamu, 
engkau masih belum menunaikan hak kedua orangtuamu.”  (Dikeluarkan oleh Imam Ahmad 
dalam kitab al Waro’ hal. 105-106).


Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, amalan apa yang paling dicintai oleh Alloh? Beliau menjawab: “Sholat pada waktunya.” Aku berkata: “Lalu apa lagi?” Beliau menjawab: “Berbakti kepada kedua orangtua.” Aku berkata: “Lalu apa lagi?” Beliau menjawab: “Jihad fi sabilillah.” (HR. Bukhori I/143 dan Muslim I/63).