LUKISAN KEJURUTERAAN adalah subjek yang paling aku gemari sejak azali lagi... Dilema jugaklah masa nak buat pilihan kelas masa tingkatan empat sama ada mahu ambil kelas biologi atau kelas tekno- singkatan teknologi kejuruteraan... Tentulah kena tanya si ibu supaya restu hadir bersama ecece.. tapi bila mak cakap suruh amik kelas bio tak nak ikut pulak.. malas nak baca bukulah... susahlah... jadiknya menangis dalam telepon sampai mak kena pujuk... akhirnya ambik kelas tekno... Batch sebelumku memang tak ramai perempuan yang ambil.. tapi batchku memang kelas tekno di lebihkan dengan nisbah tekno kepada bio adalah 4:2. Sehinggakan budak tingkatan 4 yang baru masuk pun di beri kata dua . terima tawaran kemasukan dan hanya kelas tekno yang di tawarkan.
Menjadi sesuatu yang kita ingini kadang-kadang perlu melalui jalan yang jarang dilalui...
Cerita lama jangan di ungkit.. Hihihihi.. Ini cerita sekarang...Kini aku sudah pun bergelar cikgu tak bertauliah untuk mengajar subjek ini.. Kebanyakan pelajar yang ku ajar menyatakan kesukaran untuk mendapatkan tutor untuk mengajar subjek ini. Mungkin kurang permintaan jadi tidak ramai tutor yang boleh mengajar subjek ini. Dengar cerita, subjek ini hanya tinggal setahun sahaja lagi.. tahun seterusnya akan bertukar kepada subjek baru...
Untuk mengejar cita-cita kita haruslah berusaha... Sekarang ini aku masih menggagau menaiki tangga ingin menjadi pendidik bertauliah dalam bidang yang aku minati ni.. Jadi aku cuba belajar menjadi tutor terlebih dahulu dengan mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan di rumah pelajar. Sudah 7 orang pelajar yang aku ajar setakat ini dalam tempoh dua tahun. Aku bangga dengan pencapaian pelajar-pelajarku ... Mereka berjaya mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelumnya...
Result student memang aku anggapp macam result aku sendiri. Cara mengajar juga berbeza mengikut kriteria pelajar itu sendiri. Ada yang merangkak-rangkak untuk faham akan aku ajar satu per satu langkah sehingga pelajar faham. Jika masih tidak dapat, latihan susulan akan diberi buat bersama cikgu. Janji setiap tugasan siap sepenuhnya tiada yang di buat separuh jalan. Jika pelajar sangat pantas dan faham. Akan di beri latihan yang menguji minda mengikut tahap pencapaian pelajar itu. Nota ringkas akan ku nasihati untuk di buat supaya menjadi rujukan setiap kali latihan di buat. Set set soalan yang banyak akan di beri kepada pelajar supaya pelajar semakin mesra dengan jenis-jenis soalan dan senang faham kehendak soalan.
Best sebenarnya mengajar... Bila kita tak dapat nak capai cita-cita kita dulu nak jadi cik Arkitek.. Dapat bantu pelajar yang nak jadi arkitek pun rasanya sangat mengubati perasaan itu.. (><,) . Ini masalah orang yang banyak cita-cita... hihihihihi...
Jangan bimbang anda akan dibimbing...
Berharap untuk tahun terakhir Subjek Lukisan Kejuruteraan ini.. semakin ramailah dan meriahlah kelas Lukisan Kejuruteraan Cikgu Od ni.. Yang penting setiap pelajar akan sentiasa ingat di hati... Yang penting Cikgu Od sedia membantu sepenuh hati sekiranya pelajar juga sepenuh hati ingin belajar subjek ini. Disarankan supaya jumlah pelajar untuk satu sesi tidak melebihi 3 orang dengan harapan cikgu dapat mengajar pelajar one by one dengan tempo yang sangat sesuai dan bertenang.
Nak khidmat Home Tutor untuk Kelas Lukisan Kejuruteraan silalah hubungi 016-6221641 yer... promote benor nampaknya hihihihi... Of courselahh
Regards,
Cikgu yang gembira mengajar kelas Lukisan Kejuruteraan..
No comments:
Post a Comment